Motivasi Utusan
(Sekurang-kurangnya 2 bulan sebelum peperiksaan)
LANGKAH A - ANALISIS TOPIK
-
Senaraikan semua topik
yang telah dipelajari
-
Senaraikan semua topik sepertimana yang terdapat
dalam sukatan pelajaran (anda boleh dapati topik-topik dari buku
teks atau sukatan pelajaran yang boleh didapati dari guru atau
membelinya di kedai buku.
-
Buatkan perbandingan dan kenalpasti mana-mana topik
yang belum dipelajari atau belum difahami.
LANGKAH B - MENCARI MAKLUMAT
-
Topik-topik yang belum difahami sila cari maklumat
sama ada dari guru atau membuat nota sendiri atau berbincang dengan
rakan-rakan.
-
Pastikan setiap topik yang terdapat dalam sukatan
pelajaran itu difahami walaupun ianya dianggap tidak penting.
-
Nota-nota boleh dibuat dalam bentuk peta minda atau
lain-lain cara yang mudah diingati. Rujukan untuk membuat nota
harus dibuat berdasarkan buku teks yang disahkan oleh Kementerian
Pendidikan untuk mempastikan isi-isinya tepat. Untuk maklumat
pelajar isi-isi pada soalan-soalan yang disediakan oleh Lembaga
Peperiksaan adalah dirujuk pada buku teks yang rasmi yang
diluluskan oleh Kementerian Pendidikan.
LANGKAH C - MENGULANGKAJI
-
Setiap hari buat latihan sama ada menggunakan buku
teks atau buku kerja terutama bagi mata pelajaran maths dan sains.
-
Bagi pelajaran yang berbentuk esei sama ada karangan
atau lain-lain mata pelajaran, pilih soalan dari kertas peperiksaan
tahun-tahun lepas atau soalan-soalan dari buku teks dan buku kerja
dan kemudian carai dan catatkan isi-isinya dalam kertas latihan.
-
Pelajar harus menyediakan satu fail untuk mengumpul
segala latihan yang dibuat. Latihan-latihan tersebut adalah
merupakan nota bagi anda.
SELAMAT BELAJAR DAN INSYAALLAH ANDA PASTI BOLEH!